SAMBUT RAMADAN DENGAN RASA SYUKUR
RASULULLAH SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”
Yang menghairankan bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan dibelenggu, umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut, kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya yang sanggup melakukan perkara-perkara yang mencemarkan imej Islam.
Matlamat Keadaan ini terjadi kerana matlamat puasa kita itu belum lagi mencapai tahap yang dikehendaki iaitu tahap sebagai benteng pertahanan jiwa. Seandainya jiwa belum lagi terbentuk sebagai benteng yang kukuh senanglah nafsu syahwat yang sedia ada dalam jiwa mengajak ke arah keburukan. Ramadan ialah perkataan Arab dari kata dasar “Ramada” yang membawa dua pengertian: Pertama: Memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang ke sembilan takwim Qamariah atau Hijriah kebanyakan Jazirah ke Arab atau kumpulan Arab berada dalam keadaan yang begitu panas dan bahang.
Kedua: Ada yang mentafsirkan Ramadan itu merupakan bulan ganjaran pahala orang yang berpuasa Ramadan dapat menghapus dan meleburkan dosa-dosanya yang telah lalu berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin menghayati kelebihan beribadat di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan kerana Allah sahaja akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Difahamkan dengan sangat panas itu kemungkinan kekurangan bahan air di dalam tubuh badan lantaran berpuasa di samping hari panas menyebabkan badan kita terasa panas, begitu juga cuaca di kebanyakan negara Islam pada umumnya panas ketika bulan Ramadan. Namun begitu maksud yang tersirat hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Kita harapkan kepanasan maknawi itu akan membakar dan meleburkan dosa-dosa dan kesalahan harian di samping penghidupan kita.
Ibadat puasa mempunyai hikmah dan rahsia-rahsia sama ada dari segi rohaniah, jasmaniah dan kemasyarakatan. Dari segi kerohanian ia boleh menundukkan nafsu jahat yakni naluri atau perasaan yang mendorongkan kepada kejahatan. Ibadat ini bukan sahaja terdapat di dalam syariat Islamiah, malahan di dalam syariat-syariat lain juga ada memfardukan ibadat puasa miskipun keyakinan jiwanya berlainan.
Hikmah puasa dari sudut rohani juga boleh menguatkan keperibadian, meluhurkan kesusilaan dan membersihkan jiwa insan. Puasa juga sebagai latihan rohaniah yang mana setiap yang berpuasa wajib menahan diri daripada nafsu makan minum, nafsu kejantinaan dan mengawal moral yang rendah dan menyakitkan orang lain seperti mencela, caci maki, mengumpat, bercakap kotor dan mengikut keinginan nafsu. Untuk membentuk keperibadian yang mulia seorang pengarang Jerman, James Brooke menulis sebuah buku yang mana di dalam tulisannya beliau memuji hikmah berpuasa, katanya, “Untuk menguatkan perasaan dan jiwa hendaklah jadikan puasa ini sebagai pokok atau dasar hidup, kerana ia paling berkesan untuk mengawal pengaruh rohaniah keinginan jasmaniah. Jesteru itu manusia boleh menguasai dirinya sendiri agar tidak menjadi hamba kepada naluri kebendaan.” Puasa dari sudut kesihatan dan rawatan penyakit. Ibadat puasa merupakan sebahagian daripada cara-cara yang paling berkesan menjaga kesihatan bertepatan dengan kata-kata seorang ilmuan yang bermaksud: “Maidah” atau perut besar merupakan sarang penyakit dan berpantang itu pokok kepada segala ubat.
Imam al-Ghazali juga memberi penjelasan iaitu: “Perut besar seseorang yang kenyang, maka tidur nyenyaklah akal fikiran dan kaku bekulah kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya malas dan lesu seluruh anggota badan daripada menunaikan ibadat. Penjelasan dari Imam al-Ghazali itu dapat kita fahami bahawa kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau penderitaan kepada mereka sebaliknya ia merupakan satu langkah untuk memperolehi kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun.
Ada orang beranggapan puasa boleh menjejaskan kesihatan. Dalam konteks ini memang kumpulan kecil yang perlu dikenal pasti supaya dapat nasihat daripada doktor berhubung dengan berpuasa. Ada penyakit seandainya seseorang itu berpuasa boleh menjanjikan kesihatan dan Allah SWT telah memberi rukhsah atau kelonggaran kepada mereka yang uzur supaya tidak berpuasa. Kalau dilihat Allah SWT pencipta manusia dan alam lebih mengetahui akan perkara yang paling baik untuk kejadiannya dan sudah termaktub di dalam Al-Quran akan kelonggaran tersebut.
Kumpulan yang anda catatkan adalah kumpulan Usenet. Mesej yang dicatat ke kumpulan ini akan membuatkan e-mel anda dapat dilihat oleh sesiapa sahaja di Internet.
Mesej balasan anda tidak dihantar.
Catatan anda berjaya
.*$)/g, ""))
});
G2_cardManager._setDoneUrl("/group/malaydaily/topics");
_MR_Message._COMPOSING_TITLE_COLOR = "#c3d9ff";
var MSG_USENET_POSTING_WARNING = document.getElementById("upw").innerHTML;
var MSG_ACTIVE_REPLY_WARNING = document.getElementById("arw").innerHTML;
var MSG_POST_SUCCESSFUL = document.getElementById("psw").innerHTML;
window.onbeforeunload = G2_cardManager._anyCardsComposing.bind(G2_cardManager);
}
//-->
">
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Sebagai umat Islam, kita wajib bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana masih memberi kita peluang untuk menemui bulan yang mubarak yang penuh keberkatan ini untuk melakukan ibadat puasa dan seterusnya melakukan ibadat-ibadat lain yang ganjaran pahalanya berlipat ganda di sisi Allah Subhanahu Wataala.Sesungguhnya Ramadan itu adalah bulan yang tinggi darjatnya dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu Wataala, dan ia juga merupakan penghulu segala bulan. Allah Subhanahu Wataala telah memuliakan bulan Ramadan di mana pada bulan tersebut Allah Subhanahu Wataala telah menurunkan Kitab Suci Al-Quran pada malam 17 Ramadan dan mengurniakan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar. Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan bulan Ramadan, antaranya sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Apabila masuk bulan Ramadan, akan dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).Sesungguhnya dalam mengerjakan ibadat puasa itu, terdapat tatatertib yang sepatutnya kita jaga, agar puasa yang dilakukan akan menjadi lebih sempurna dan mendapat berkat serta mencapai maksud puasa yang sebenar.Di antara tatatertib itu ialah memelihara lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia, tidak berdusta, tidak mencaci orang, tidak mengadu domba, tidak memfitnah dan sebagainya, begitu juga kita hendaklah menjaga mata dan telinga daripada melihat atau mendengar sesuatu yang boleh mendatangkan dosa. Sebaliknya anggota dan pancaindera itu digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah dengan melakukan amal ibadat bagi meninggikan lagi ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala lebih-lebih lagi ketika berada dalam bulan Ramadan seperti membaca Al-Quran, membanyakkan zikir dan doa, membaca kitab-kitab agama, mendengar ceramah dan sebagainya.Setiap orang yang berpuasa itu hendaklah memelihara diri dari berbuat dosa dan maksiat serta menjauhkan segala urusan yang sia-sia dan tidak berfaedah jika mahu puasanya sempurna dan tidak sia-sia, kerana betapa banyak orang yang berpuasa, berpenat lelah disebabkan lapar dan dahaga, dalam masa yang sama membiarkan anggotanya melakukan perbuatan dosa dan maksiat, semuanya ini boleh menyebabkan puasa seseorang itu menjadi rosak. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:"Betapa ramai orang yang berpuasa, tiada mendapat dari puasanya selain berlapar sahaja." (Riwayat Al-Imam Ahmad).Dalam ibadat puasa, kita juga hendaklah menjaga perut dari memakan benda-benda yang haram dan syubhah seperti memakan makanan yang diperolehi dari sumber pendapatan yang haram, kerana sesungguhnya ibadat puasa yang kita lakukan itu adalah semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala dan untuk mendapat taufik dan hidayah-Nya, maka adalah tidak wajar kita mencemarinya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang berdosa.Manakala dalam penyediaan makanannya pula, kita digalakkan untuk bersikap sederhana, tidak membazir sehingga tidak habis dimakan ataupun makan terlalu banyak sehingga terlalu kenyang.Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:"Dari Meqdam bin Ma'dikarib berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada seorang anak Adam yang memenuhi sesuatu bekas yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam itu makan beberapa suap makanan untuk menguatkan tubuhnya. Kalau mesti juga tidak dapat dielakkan, maka isilah perut sekadar satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk bernafas."Sesungguhnya sikap sederhana itulah sebaik-baik cara bagi kita dapat merasakan kesan dan rahsia serta tujuan mengerjakan ibadat puasa itu iaitu untuk mendidik jiwa dan mengurangkan nafsu dan syahwat. Ini kerana berlapar dan mengosongkan perut itu dapat meninggalkan kesan yang baik untuk menerangi hati rohani serta menimbulkan semangat pada anggota badan untuk beribadat. Manakala kekenyangan itu berpunca segala kekerasan dan kelalaian hati dan boleh menimbulkan perasaan malas untuk beribadat.Dengan kedatangan bulan Ramadan ini, kita rebutlah peluang yangada dan memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, kita hendaklah menumpukan dan mempertingkatkan diri untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala sebanyak-banyaknya dengan berzikir, membaca Al-Quran, mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat dan sebagainya, terutamanya Sembahyang Sunat Tarawih dan Sunat Witir yang amat dituntut dan afdal dilakukan secara berjemaah. Dalam mengerjakannya secaraberjemaah, para imam hendaklah mengerjakannya secara sederhana iaitu tidak terlalu cepat dan tidak juga terlalu lambat, yang penting sembahyang itu dikerjakan dengan sempurna mengikut rukun-rukun dan sunat-sunatnya dan sah mengikut hukum syarak. Untuk pengetahuan kita bersama bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, apabila berada di bulan Ramadan, Baginda memperbanyakkan sedekah, menyediakan makanan bagi saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk berbuka puasa, contoh itulah yang patut diikuti dan diamalkan. Mudah-mudahan latihan-latihan dan amalan-amalan yang kita lakukan di bulan Ramadan itu akan diteruskan juga di bulan-bulan lain.Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang tafsirnya:"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertakwa."
Isnin, 8 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan